Melihat senario politik dan pembangunan di Kelantan, penulis merasakan ahli politik sama ada kerajaan mahu pun pihak pembangkang sangat mementingkan diri sendiri. masing-masing membawa agendanya yang tersendiri tanpa memikirkan kepenting rakyat yang hidup serba kekurangan.
Apabila kita menyebut Kelantan serba kekurangan, ia menimbulkan kemarahan kepada hampir seluruh penyokong PAS di negeri yang digelar serambi Mekah ini. Tapi timbul persoalan, tidak kah mereka sendiri menyedari bahawa ada kebenarannya bahawa negeri ini merupakan sebuah negeri miskin. Ramai yang menggunakan alasan, di Kelantan ramai orang kaya. Ya..perkara itu tidak dinafikan, tapi ia sama dengan negeri lain yang juga ramai usahawan berjaya. Tapi bandingkan jumlah tersebut dengan jumlah penduduk miskin di negeri ini.
Kelantan adalah sebuah negeri yang sangat besar..Namun, boleh dikatakan lebih daripada separuh daripada penduduk di negeri ini terpaksa merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki yang lebih mewah. Jika Kelantan memberi peluang seperti mana negeri-negeri lain maka tidak timbul perkara 'hijrah' itu. Kenapa penduduk Indonesia berhijrah ke Malaysia dan negeri2 jiran yang lain? Kerana negara mereka miskin dan peluang pekerjaan sangat terhad. Adakah kita boleh samakan Indonesia dan Kelantan?
Bagi penulis, Anak Kelantan yang merantau kemudian kembali ke negeri Kelantan dan menyokong akan apa yang berlaku di negeri ini dan mempertahankan bahawa negeri ini sebuah negeri yang membangun dan kaya raya, mereka sangat mementingkan diri sendiri. Mereka menikmati pembangunan di negeri lain, kemewahan dan keselesaan di luar, tetapi tidak memberi peluang kepada penduduk Kelantan yang tidak berpeluang berhijrah untuk merasai pembangunan yang dirasai orang lain.
Kelantan sekarang seperti Malaysia 30 tahun dahulu.. Memiliki satu/dua hotel bertaraf lima binatang dan sebuah Tesco bukan penanda aras bahawa negeri ini sudah maju. Mengapa perlu mengambil masa sehingga 20 tahun untuk membina sebuah hotel bertaraf lima bintang dan sebuah pusat membeli besah sebesar Tesco? Adakah itu tanda aras sebenar kemajuan?
Diruang ini bukanlah untuk mengatakan apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS tidak ada baiknya..Mereka membawa negeri ini mengikut landasan Islam yang betul namun, mengapa menyekat pembangunan dengan menganggap ia akan mencetus maksiat? Adakah pembangunan itu maksiat? Wahai pemimpin-pemimpin parti PAS dan UMNO, cuba anda lihat kepada golongan muda di negeri ini. Adakah peluang untuk mereka meneruskan hidup remaja mereka dibuka dengan luas? Jangan kerana ingin memenangi kerusi anda lupa golongan muda yang menjadi pemangkin dalam meneruskan generasi kelantan.
Negeri Kelantan adalah negeri yang diberi penumpuan yang lebih oleh kerajaan pusat. Gunakanlah ia untuk memberi sesuatu kepada golongan muda dan beri peluang kepada mereka untuk menjadi remaja dan tidak semestinya semua program remaja itu boleh mendorong kepada maksiat.
Cuba kaji, mengapa negeri ini mencatatkan kadar penagihan dadah yang tinggi? Kadar kelahiran anak luar nikah, HIV dan Aids, penceraian, buang anak. Mungkin kerana tidak ada satu program yang khusus yang boleh dijiwai oleh anak muda melainkan kuliah-kuliah agama. Saya bukan menyarankan bahawa kuliah agama tidak bagus, tapi apa salahnya kalau diselitkan aktiviti fizikal seperti kesukanan, kesenian. Bina sebuah pusat riadah yang sesuai. Asingkan laki dan perempuan pun tak apa. Buat sebuah kolan renang awam dan asingkan waktu penggunaannya antara wanita dan lelaki. Saya tahu dan yakin, kerajaan Kelantan tidak semiskin yang dikatakan. Oleh itu buktikan la kepada mereka yang perkatakan sebegitu. Jika benar kamu tidak miskin, buktikan, jika tidak..sampai bila-bila kamu akan dilabellkan sebagai miskin..
No comments:
Post a Comment